Pendawaian terbenam
PENDAWAIAN TERBENAM CONSEAL
- Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.
- Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
- Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan simen (plaster) dijalankan.
- Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya.
- Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal dn tahan pada perubahan cuaca, tahan lama dan kosnya juga rendah.
- Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi.
Pendawaian konduit
- Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel.
- Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, contohnya di kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel dll.
Penyesuai dan pembuluh boleh lentur
- Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.
- Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah cacat.
- Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
- Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.
- Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak
- di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai.
- Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
- Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar.
- Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup.
- Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.
- Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.
- Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90.
- Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah – ubah kedudukannya.
Ulasan
Catat Ulasan